Wednesday 15 March 2017

Nak cantik  macam artis korea,nak putih macam tu?

tapi apa maksud  cantik yang sebenarnya ye?...

adakah  cantik yang sebenar mempunyai sepasang kaki yang panjang dengan betis membujur. Tubuh ramping dengan pinggang yang kecil macam kerengga. Rambut panjang dengan warna kuning,purple,hijau dan macam2 lagi,,kalau tengok pun macam buah buahan,,huhu .atau pun mempunyai  kulit putih mulus, berhidung mancung dan mata besar membulat. Apakah cantik dalam erti kata sebenar?

hari2 kita  melihat di kaca televisyen, kita didedahkan dengan wanita berpakaian seksi sebagai satu terjemahan ‘cantik’. Makna kecantikan menjadi semakin kurang jelas dan ia ditambah pula dengan rangsangan dan usaha-usaha untuk menjadi cantik seperti melakukan pembedahan plastik, memakan produk-produk kecantikan dan berfesyen untuk menonjol. dan memakai makeup tebal.,

Lihat sahaja majoriti artis-artis di Korea. Ramai antara mereka yang melakukan pembedahan plastik untuk mengubah kejadian semula jadi mereka. Daripada mata yang sepet kepada mata yang galak membulat. Hidung yang kemek bertukar mancung, semata-mata untuk kelihatan cantik dan popular. Bahkan hadiah paling kerap yang diberikan kepada pelajar yang telah menghabiskan persekolahan di sana adalah pembedahan plastik.

Namun, adakah ini definisi cantik yang difahami oleh kita sebagai umat Islam seperti berikut?

1. Wanita yang mencintai Allah dan  RasulNya diatas setiap perkara.


2. Wanita yang selalu menjaga diri dan maruahnya


3. Menjaga akhlak ,cara berpakaian ,cara berjalan dan bercakap


4. Lidah yang  wanita cantik selalu mengucapkan zikir dan selawat

6. Wanita yang sederhana  dan tidak  berlebih-lebihan